Isnin, 20 Disember 2010

TIP ATASI GATAL RAMBUT KERANA KELEMUMUR



















Rawatan mengatasi kelemumur boleh dilakukan sendiri di rumah. Selain menjimatkan, anda juga akan rasa lebih relaks dan santai kala mengurut sambil memanjakan rambut sendiri. Bagaimana caranya?
Mari ikuti panduan di bawah.

  1. Paling asas, pilihlah syampu berubat anti kelemumur. Terdapat pelbagai pilihan di pasaran, pastikan anda memilih yang benar-benar berkesan dengan rambut anda.
  2. Syampukan rambut setiap hari bagi menghalang sel kulit mati terbentuk pada permukaan kulit kepala anda.
  3. Keraplah bertukar jenis syampu antikelemumur sekiranya anda risaukan kesan penggunaannya yang terlalu lama merosakkan struktur semula jadi rambut anda.
  4. Lakukan urutan pada kulit kepala setiap kali anda menyampu.Mainkan jari jemari anda serata yang boleh pada seluruh permukaan kepala agar sel kulit mati dan kelemumur yang kering akan tertanggal.
  5. Sesetengah orang bimbang buih akan menyebabkan kulit kepala kering tetapi tidak sebenarnya.Selepas urutan, biarkan buih syanpu selama lima minit di atas kepala kerana ini akan menggalakkan lagi syampu antikelemumur anda 'bekerja' sebenarnya.
  6. Pastikan anda membilas rambut dengan sebersihnya agar dapat menyingkirkan segala sel-sel kulit kepala yang telah mati dan sekali gus mengurangkan risiko pertumbuhan kelemumur.
Dipetik daripada: Majalah Harmoni 1-15 Mac 2007 m/s 37.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan