Isnin, 20 Disember 2010

KEKALKAN GIGI YANG SIHAT






Apabila kita mengunyah makanan atau minuman yang kaya dengan asid, ia akan menggalakkan pertumbuhan plak yang akan meliputi permukaan enamel gigi dan mengakibatkan hakisan gigi.

Kebiasaannya, air liur akan bertindak meneutralkan kandungan asid. Tetapi sekiranya anda kerap minum soda atau minuman bergas dan makan makanan manis, air liur tidak akan dapat menampung kadar peneutralan tersebut dan akhirnya mereput.

Oleh itu, berkumur-kumurlah selama 30 saat setiap kali selepas mengunyah makanan. Gunakan juga ubat gigi berflorida dan sekali- sekala, kunyahlah gula-gula getah untuk merangsang pengaliran air liur dalam mulut anda.

Dipetik daripada Majalah Harmoni 1-15 Mac 2007, m/s 37

Tiada ulasan:

Catat Ulasan