Jumaat, 12 Mac 2010

KAJIAN TENTANG MANDI..

KAJIAN TENTANG MANDI


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam
berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13
peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas
dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat
membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat
gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya
bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20
minit.tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau
gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium
bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan
air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata.
Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kemb ali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender,
peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10
hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan
hidung, selsema dan sembelit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan